Terma Perkhidmatan

Halaman ini (bersama-sama dengan dokumen yang dirujuk kepadanya) memberitahu anda terma-terma yang anda boleh menggunakan laman web ini (myunidays.com) (""Laman""), sama ada sebagai tetamu atau pengguna berdaftar. Sila baca terma-terma penggunaan ini (""Terma"") dengan teliti sebelum anda mula menggunakan Laman kami. Dengan menggunakan Laman kami, anda menunjukkan bahawa anda menerima terma-terma ini, dan anda bersetuju untuk mematuhinya. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan terma-terma ini, sila elakkan daripada menggunakan laman ini.

Maklumat mengenai kami

myunidays.com adalah laman yang dikendalikan MYUNIDAYS LTD, dengan nama dagang UNiDAYS (""kami"", ""kepunyaan kita"", dan ""kita""). Kami berdaftar di England dan Wales di bawah nombor syarikat 7552253 dan kami mempunyai pejabat berdaftar di 2 Castle Boulevard, Nottingham, NG7 1FB.

Mengakses Laman Kami

Akses ke laman kami dibenarkan untuk tempoh sementara, dan kami berhak untuk menarik balik atau meminda perkhidmatan yang kami sediakan di Laman kami tanpa notis (lihat di bawah). Kami tidak akan bertanggungjawab atas apa jua sebab jika Laman kami tidak tersedia pada bila-bila masa, atau untuk apa-apa tempoh.
Dari semasa ke semasa, kami mungkin menyekat akses ke sebahagian Laman kami, atau seluruh laman kami, kepada pengguna yang mendaftar dengan kami.
Jika anda memilih, atau anda diberikan kod identifikasi pengguna, kata kunci atau apa-apa maklumat lain sebagai sebahagian daripada prosedur keselamatan kami, anda mestilah menyifatkan maklumat tersebut sebagai sulit, dan anda tidak boleh mendedahkannya kepada mana-mana pihak ketiga. Kami berhak untuk membatalkan apa-apa kod atau kata kunci, sama ada yang dipilih oleh anda atau yang diberikan oleh kami, pada bila-bila masa, jika pada pendapat kami, anda gagal mematuhi mana-mana peruntukan Terma ini.
Anda bertanggungjawab membuat pengaturan yang diperlukan untuk mengakses Laman kami. Anda juga bertanggungjawab untuk memastikan semua individu yang mengakses Laman kami melalui sambungan Internet anda peka dengan terma-terma ini, dan mereka mematuhinya.
Dengan memperoleh kod promosi atau mengakses tawaran atau diskaun melalui Laman kami, anda mengakui bahawa tawaran atau diskaun tersebut tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat pihak ketiga, dan anda bertanggungjawab untuk mengkaji semula terma-terma dan syarat-syarat tersebut sebelum memulakan sebarang transaksi dengan pihak ketiga itu.
Perkhidmatan UNiDAYS bukan untuk individu yang berumur 16 tahun ke bawah. Jika anda berumur 16 tahun ke bawah, anda tidak dibernarkan untuk menggunakan perkhidmatan UNiDAYS. Dengan menggunakan perkhidmatan ini, anda mengesahkan bahawa anda berumur sekurang-kurangnya 16 tahun. Jika umur anda di antara 16 dan 17 tahun, anda hanya boleh mendaftar perkhidmatan UNiDAYS dengan keizinan ibu bapa atau penjaga yang sah. Dengan menggunakan perkhidmatan UNiDAYS, anda mengesahkan bahawa anda mendapat keizinan tersebut dan anda akan mengikuti dan mematuhi terma-terma ini. Jika anda berumur 18 tahun ke atas, anda mengesahkan bahawa anda boleh dan kompeten secara sepenuhnya untuk memasuki terma-terma, syarat-syarat, kewajipan, pengesahan, bantahan, dan waranti yang dikemukakan dalam terma-terma ini, dan mengikuti dan mematuhi terma-terma ini.

Hak-hak harta intelek

Kami adalah pemilik kepada semua hak harta intelek di Laman kami. Dengan pengecualian maklumat yang telah dikumpul daripada laman web, produk dan iklan syarikat lain, kami juga memiliki hak-hak harta intelek dalam bahan-bahan yang diterbitkan di Laman ini. Kerja-kerja ini dilindungi oleh undang-undang dan perjanjian hak cipta seluruh dunia. Semua hak cipta terpelihara.
Anda boleh mencetak satu salinan, dan boleh memuat turun petikan, di mana-mana halaman daripada Laman kami untuk rujukan peribadi anda, dan anda boleh menarik perhatian orang lain kepada bahan yang dipaparkan di Laman kami, kecuali seperti yang diarahkan.
Anda tidak boleh mengubah suai tulisan atau salinan digital bahan-bahan yang telah dicetak atau dimuat turun dalam apa cara sekalipun, dan anda tidak boleh menggunakan sebarang ilustrasi, gambar, video, urutan audio, atau sebarang grafik secara berasingan daripada mana-mana teks yang disertakan.
Status kami (dan mana-mana penyumbang yang dikenalpasti) sebagai pengarang bahan di Laman kami mesti sentiasa diakui.
Anda tidak boleh menggunakan mana-mana bahagian daripada bahan-bahan di Laman kami untuk tujuan komersil tanpa terlebih dahulu mendapatkan lesen daripada kami untuk melakukannya.
Jika anda mencetak, menyalin, atau memuat turun mana-mana bahagian di Laman kami dengan melanggar Terma ini, hak anda untuk menggunakan Laman kami akan diberhentikan dengan serta merta dan anda mesti, pada pilihan kami, mengembalikan atau memusnahkan sebarang salinan bahan-bahan yang telah anda buat.

Pergantungan kepada maklumat yang disiarkan

Komen, iklan, dan bahan-bahan lain yang disiarkan di Laman kami tidak bertujuan untuk memberi nasihat bahawa pergantungan harus diletakkan. Oleh itu, kami menafikan segala liabiliti dan tangggungjawab yang berpunca daripada sebarang pergantungan yang diletakkan pada bahan-bahan tersebut oleh mana-mana pelawat ke Laman kami, atau oleh sesiapa sahaja yang boleh dimaklumkan tentang mana-mana kandungannya.

Laman kami sentiasa berubah

Kami berhasrat untuk sentiasa mengemas kini Laman kami, dan mungkin akan menukar kandungannya pada bila-bila masa. Apabila perlu, kami mungkin akan menggantung akses ke Laman kami, atau menutupnya untuk selama-lamanya. Mana-mana bahan di Laman kami mungkin sudah ketinggalan pada sesuatu masa, dan kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini bahan tersebut.

Liabiliti kami

Bahan yang dipaparkan di Laman kami disediakan tanpa sebarang jaminan, syarat, atau waranti tentang ketepatannya. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, kami, dan mana-mana pihak ketiga yang berkaitan dengan kami, dengan ini jelas mengecualikan:
Semua syarat, waranti, dan terma lain yang mungkin dinyatakan secara tersirat oleh undang-undang, undang-undang biasa atau undang-undang ekuiti.
Sebarang liabiliti bagi apa-apa kerugian dan kerosakan langsung, tidak langsung atau lanjutan yang ditanggung oleh mana-mana pengguna berkaitan dengan Laman kami atau berkaitan dengan penggunaannya, tidak dapat menggunakan, atau keputusan penggunaan Laman kami, mana-mana laman web yang dipautkan kepadanya dan sebarang bahan yang disiarkan padanya, termasuklah, tanpa batasan apa-apa liabiliti untuk:
kehilangan pendapatan atau hasil;
kehilangan perniagaan;
kehilangan keuntungan atau kontrak;
kehilangan penjimatan yang dijangkakan;
kehilangan data;
kehilangan muhibah;
pengurusan atau waktu pejabat terbuang; dan
untuk apa-apa bentuk kehilangan atau kerosakan yang lain, yang timbul dengan apa cara sekalipun, dan sama ada disebabkan oleh salah laku (termasuk kecuaian), pelanggaran kontrak atau sebaliknya, walaupun boleh dijangka.
Ini tidak menjejaskan liabiliti kami untuk kematian atau kecederaan peribadi akibat kecuaian kami, atau liabiliti kami untuk kesalahan pernyataan atau kesalahan pernyataan berkenaan perkara asas, atau sebarang liabiliti lain yang tidak boleh dikecualikan atau terhad di bawah undang-undang berkaitan.

Maklumat mengenai anda dan lawatan anda ke Laman kami

Kami memproses maklumat mengenai anda sejajar dengan polisi privasi kami. Dengan menggunakan Laman kami, anda memberikan keizinan untuk pemprosesan tersebut dan anda memberi jaminan bahawa semua data yang anda berikan adalah tepat. Kami menggunakan kuki untuk menyimpan maklumat di komputer setempat anda. Kuki ini tidak mengandungi maklumat peribadi; ia berfungsi hanya untuk memudahkan merasai pengalaman bersama UNiDAYS.
Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju di bawah Peraturan 6 dari Peraturan Privasi dan Komunikasi Elektronik 2003 (PPKE), anda mengakui yang berikut:
1. Anda boleh menolak daripada menerima kuki daripada laman web ini, dengan menetapkan pelayar anda untuk menghalang kuki daripada domain myunidays.com. Dengan berbuat demikian, anda tidak akan dapat melog masuk dan kami tidak akan dapat memaparkan maklumat yang tepat kepada anda.
2. Dengan mendaftar atau melog masuk ke laman web ini, anda dengan jelasnya bersetuju supaya kami menetapkan kuki untuk tujuan ini. Adalah tidak mungkin untuk anda melog masuk ke laman web ini tanpa kami menetapkan kuki. Ini dilindungi di bawah peraturan 4 (a) dan 4 (b).
3. Anda boleh memadam mana-mana kuki yang kami tetapkan pada bila-bila masa melalui pelayar anda.
4. Penggunaan kuki kami adalah di bawah definisi peraturan ""Sangat Perlu"", oleh itu kami tidak perlu menyiarkan mesej yang jelas untuk setiap kuki yang ditetapkan atau diubahsuai.

Virus, penggodaman dan kesalahan lain

Anda dilarang menyalahgunakan Laman kami dengan sengaja memperkenalkan virus, trojan, cecacing, bom logik atau bahan lain yang berbahaya, atau berbahaya daripada segi teknologi. Anda dilarang cuba mendapatkan akses yang tidak dibenarkan di Laman kami, pelayan di mana Laman kami disimpan atau sebarang pelayan, komputer atau pangkalan data yang dihubungkan ke Laman kami. Anda dilarang menyerang Laman kami melalui serangan penafian-perkhidmatan atau serangan penafian-perkhidmatan teragih.
Dengan melanggar peruntukan ini, anda melakukan kesalahan jenayah di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer 1990. Kami akan melaporkan perlanggaran tersebut kepada pihak berkuasa penguatkuasa undang-undang berkaitan dan kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tersebut dengan mendedahkan identiti anda kepada mereka. Sekiranya berlaku perlanggaran tersebut, hak anda untuk menggunakan Laman kami akan diberhentikan dengan segera.
Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan yang disebabkan oleh serangan penafian-perkhidmatan teragih, virus atau sebarang bahan yang berbahaya secara teknologi yang lain, yang boleh menjejaskan peralatan komputer anda, program komputer, data atau bahan hak milik lain yang disebabkan oleh penggunaan Laman kami, atau disebabkan oleh muat turun bahan yang disiarkan di Laman kami, atau mana-mana laman web yang dipautkan kepadanya.

Pautan ke Laman kami

Anda boleh membuat pautan ke halaman utama kami, dengan syarat anda melakukannya dengan cara yang adil dan sah, dan tidak merosakkan reputasi kami atau mengambil kesempatan terhadapnya, tetapi anda dilarang membuat pautan dengan tujuan untuk mencadangkan sebarang bentuk penyatuan, kelulusan atau pengesahan di pihak kami yang mana tidak wujud.
Anda dilarang membuat pautan daripada mana-mana laman web yang tidak anda miliki.
Laman kami tidak boleh dibingkaikan di mana-mana laman yang lain, dan anda dilarang membuat pautan ke mana-mana bahagian Laman kami selain daripada halaman utama. Kami berhak menarik balik kebenaran untuk membuat pautan tanpa notis.
Jika anda ingin membuat sebarang penggunaan terhadap bahan pada Laman kami selain daripada yang dinyatakan di atas, sila ajukan permintaan anda kepada info@myunidays.com.

Pautan-pautan daripada Laman kami

Sementara Laman kami mengandungi pautan ke laman lain dan sumber lain yang disediakan oleh pihak ketiga, pautan-pautan ini disediakan untuk maklumat anda sahaja. Kami tidak mempunyai kawalan ke atas kandungan di laman-laman dan sumber-sumber tersebut, dan tidak bertanggungjawab terhadapnya atau terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang berpunca daripada penggunaan anda.

Bidang kuasa dan undang-undang yang berkaitan

Mahkamah Inggeris mempunyai bidang kuasa ekslusif terhadap sebarang tuntutan yang berpunca daripada, atau berkaitan dengan, lawatan ke Laman kami walaupun kami mengekalkan hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap anda kerana melanggar syarat-syarat ini di negara tempat tinggal anda atau mana-mana negara yang berkaitan. Terma-terma ini ditadbir oleh undang-undang Inggeris.

Tanda perdagangan

""UNiDAYS"" adalah tanda perdagangan yang berdaftar.

Variasi

Kami boleh mengubah Terma ini pada bila-bila masa dengan meminda halaman ini. Anda dijangka untuk menyemak halaman ini dari semasa ke semasa untuk melihat perubahan yang kami lakukan, kerana ia terikat dengan anda. Beberapa peruntukan yang terkandung dalam Terma ini juga boleh digantikan dengan peruntukan atau notis yang diterbitkan di tempat lain di Laman kami.

Pertanyaan anda

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bahan yang terdapat di Laman kami, sila hubungi info@myunidays.com.

Close