Dasar Privasi

MyUnidays Ltd komited untuk memelihara privasi semua pelawat dan pengguna myunidays.com. Sila baca polisi privasi berikut untuk memahami cara kami menggunakan dan melindungi maklumat yang anda berikan kepada kami. Untuk tujuan Akta Perlindungan Data 1998 ("Akta"), pengawal data ialah MyUnidays Ltd di 2 Castle Boulevard, Nottingham, NG7 1FB. Dengan mendaftar ke mana-mana perkhidmatan yang ditawarkan myunidays.com, anda memberi keizinan terhadap pengumpulan, penggunaan dan pemindahan maklumat anda yang tertakluk kepada terma polisi ini.

Kuki

Kami menyimpan maklumat mengenai anda menggunakan kuki (fail yang kami hantar ke komputer atau peranti akses anda yang lain) yang boleh kami akses apabila anda melawat laman web kami pada masa hadapan. Ini bertujuan untuk membezakan anda dengan pengguna laman web kami yang lain serta penting supaya anda dapat memanfaatkan laman web kami sepenuhnya.

Dengan terus melayari laman web, anda bersetuju dengan penggunaan kuki kami.
Kami menggunakan kuki berikut:
Kuki yang sangat perlu: Semua ini adalah kuki yang diperlukan untuk operasi laman sesawang kami. Ini termasuk, sebagai contoh, kuki yang membolehkan anda melog masuk ke kawasan selamat di laman web kami, menggunakan kart beli-belah atau perkhidmatan pembilan elektronik. Ia juga digunakan untuk mengenali anda apabila anda kembali ke laman web kami. Ini membolehkan kami untuk memperibadikan kandungan kami supaya bersesuaian dengan anda, menyambut anda dengan nama dan mengingati keutamaan anda (sebagai contoh, pilihan bahasa dan kawasan anda).
Kuki analitik/prestasi: Ia membolehkan kami mengenali dan menghitung jumlah pelawat, melihat laman yang telah anda lawati dan pautan yang anda ikuti. Kami akan menggunakan maklumat ini untuk menjadikan laman web kami dan iklan yang dipaparkan lebih relevan dengan minat anda. Kami mungkin berkongsi maklumat ini dengan pihak ketiga untuk tujuan ini. Sila ambil perhatian bahawa pihak ketiga (termasuklah, sebagai contoh, rangkaian pengiklanan dan pembekal perkhidmatan luar seperti perkhidmatan analisa trafik laman web) mungkin menggunakan kuki, yang tidak dikawal oleh kami.
Anda menghalang kuki dengan mengaktifkan tetapan pada pelayar anda yang membolehkan anda menyekat tetapan semua atau sebahagian kuki. Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan tetapan pelayar anda untuk menyekat semua kuki (termasuk kuki penting), anda berkemungkinan tidak dapat mengakses semua atau sebahagian laman kami.

Maklumat yang kami kumpul daripada anda.

Apabila anda melawat, mendaftar atau melihat maklumat tentang produk atau perkhidmatan di myunidays.com, anda mungkin diminta memberikan maklumat mengenai diri anda termasuklah nama, status pendidikan, nama institusi, dan alamat emel semasa. Kami juga akan mengumpulkan maklumat tentang penggunaan laman web kami serta maklumat mengenai anda daripada mesej yang anda hantar ke laman web, beserta emel atau surat yang anda hantar kepada kami.
Apabila anda mula melanggani myunidays.com, alamat emel dan kata laluan myunidays.com akan diambil, disulitkan dan kemudian disimpan dalam pangkalan data kami yang selamat. Kata laluan ini tidak akan didedahkan kepada sesiapa. Dengan persetujuan terhadap Syarat Perkhidmatan myunidays.com dan Polisi Privasi ini, anda membenarkan data ini disimpan dalam persekitaran yang selamat untuk tujuan ini.

Penggunaan maklumat anda

Maklumat anda akan membolehkan kami untuk memberikan anda akses kepada bahagian tertentu di laman kami, dan mengendalikan perkhidmatan myunidays.com untuk anda. Kami juga akan menggunakan dan menganalisis maklumat terkumpul supaya kami dapat mentadbir, menyokong, memperbaiki dan memajukan perniagaan kami.
Khususnya, kami mungkin akan menggunakan maklumat anda untuk menghubungi anda demi mendapatkan pandangan berkenaan perkhidmatan kami, dan untuk memaklumkan anda sesekali mengenai perubahan atau perkembangan penting laman atau perkhidmatan kami.
Selanjutnya, kami juga mungkin menggunakan maklumat anda untuk memaklumkan anda mengenai tawaran produk dan perkhidmatan lain yang mungkin menarik minat. Jika anda mengubah fikiran untuk tidak dihubungi pada masa hadapan, anda boleh menghentikan langganan dengan menghubungi kami secara terus, atau menukar keutamaan melalui tetapan akaun anda.
Sekiranya anda menghubungi kami, kami mungkin akan menyimpan rekod perhubungan tersebut.
Untuk kandungan yang dilindungi hak harta intelek, seperti gambar dan video ("Media"), tertakluk kepada tetapan akaun anda, anda memberikan kami lesen ("Lesen") tidak eksklusif, boleh dipindah milik, keupayaan sublesen, bebas royalti, seluruh dunia untuk menggunakan mana-mana Media yang anda berikan selagi berkaitan dengan akaun anda, untuk apa-apa tujuan komersil atau bukan komersil kami, termasuklah, tanpa had, dalam penerbitan bercetak, penyampaian, bahan promosi, pengiklanan atau di laman web kami. Lesen ini tamat apabila anda memadamkan Media atau akaun anda, kecuali jika kandungan anda telah dikongsi dengan orang lain, dan mereka belum memadamkannya. Apabila anda memadam Media, ia dipadamkan dengan cara yang sama seperti mengosongkan tong kitar semula pada komputer. Walau bagaimanapun, anda memahami bahawa kandungan yang telah dipadam mungkin akan kekal wujud dalam salinan sandar untuk tempoh masa tertentu (tetapi tidak akan diberikan kepada orang lain).

Pendedahan maklumat anda

Maklumat yang anda berikan kepada kami akan disimpan dalam komputer kami yang selamat di UK dan Ireland dan mungkin diakses atau diberikan kepada pekerja kami di luar UK, yang mana segelintir daripadanya mungkin berada di luar Kawasan Ekonomi Eropah, yang bekerja untuk kami dengan tujuan yang dinyatakan dalam polisi ini, atau untuk tujuan lain yang dibenarkan oleh anda. Pihak tersebut memproses maklumat dan memberi perkhidmatan sokongan bagi pihak kami. Kami juga boleh memindahkan maklumat agregat berkenaan penggunaan laman kami kepada pihak ketiga, tetapi ini tidak meliputi maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda.
Negara-negara di luar Kawasan Ekonomi Eropah lazimnya tidak mempunyai undang-undang perlindungan data yang kuat. Walau bagaimanapun, kami akan sentiasa mengambil langkah untuk memastikan maklumat anda yang digunakan pihak ketiga mematuhi polisi ini.
Pengesahan sama ada anda mempunyai akaun yang didaftarkan dengan kami - melalui alamat emel yang anda daftarkan atau sahkan - boleh didapati secara umum.
Kecuali jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang, kami tidak akan berkongsi, menjual, atau mengedar mana-mana maklumat yang anda berikan kepada kami tanpa persetujuan anda.
Akhirnya, jika perniagaan kami menyertai usaha sama, dijual atau bergabung dengan entiti perniagaan yang lain, maklumat anda mungkin akan diberikan kepada rakan niaga atau pemilik perniagaan kami yang baru.

Hak-hak anda

Anda mempunyai hak untuk meminta kami tidak memproses data peribadi anda untuk tujuan pemasaran. Anda boleh menggunakan hak anda untuk menghalang pemprosesan tersebut dengan mengubah tetapan akaun anda.
Laman kami mungkin mengandungi pautan kepada, dan daripada laman web rangkaian rakan kongsi, pengiklan dan sekutu kami. Jika anda mengikuti pautan ke mana-mana laman web ini, sila ambil perhatian bahawa laman-laman ini mempunyai polisi privasi tersendiri, dan kami tidak menerima apa-apa tanggungjawab atau liabiliti terhadap polisi tersebut. Sila semak polisi tersebut sebelum anda menyerahkan sebarang data peribadi kepada laman-laman tersebut.

Keselamatan dan pengekalan data

Kami mengamalkan langkah-langkah keselamatan untuk melindungi maklumat anda daripada diakses orang yang tidak dibenarkan dan terhadap pemprosesan yang menyalahi undang-undang, kehilangan secara tidak sengaja, kemusnahan dan kerosakan. Kami akan mengekalkan maklumat anda untuk tempoh tertentu, atau selagi undang-undang memerlukannya.

Akses dan kemas kini

Anda berhak melihat maklumat anda yang disimpan, dan anda boleh meminta kami membuat apa-apa perubahan untuk memastikan ia tepat dan sentiasa dikemas kini. Jika anda ingin berbuat demikian, sila hubungi kami. Kami dibenarkan oleh undang-undang untuk mengenakan bayaran sebanyak £10 demi membiayai kos kami untuk memberikan anda butiran maklumat anda yang kami simpan.

Perubahan Polisi Privasi kami

Sebarang perubahan pada Polisi Privasi kami di masa hadapan akan dipaparkan di laman, atau melalui notifikasi emel, yang mana lebih sesuai.

Hubungi

Segala komen, pertanyaan dan permintaan berkenaan penggunaan maklumat anda adalah dialu-alukan dan lebih baik diajukan melalui emel ke help@myunidays.com.

GÉANT Tatakelakuan Perlindungan Data (CoCo)

Nama perkhidmatan

UNiDAYS

Keterangan perkhidmatan

UNiDAYS ialah Rangkaian Penglibatan Pelajar yang terkemuka di dunia, menghubungkan para pelajar di peringkat global dengan jenama dan perkhidmatan yang relevan.

Pengawal data dan orang untuk dihubungi

MyUnidays Limited di 2 Castle Boulevard, Nottingham, NG7 1FB merupakan pengawal data, dan boleh dihubungi secara terus melalui pos ke alamat di atas, atau melaui emel ke help@myunidays.com

Bidang kuasa

GB, England

Data peribadi diproses

Data berikut diminta oleh Organisasi Rumah anda:

Data berikut dikumpul daripada anda:
Apabila anda melawat, mendaftar atau melihat maklumat tentang produk atau perkhidmatan di myunidays.com, anda mungkin diminta memberikan maklumat mengenai diri anda termasuklah nama, status pendidikan, nama institusi, dan alamat emel semasa.

Di samping itu, kami juga akan mengumpulkan maklumat tentang penggunaan laman web kami serta maklumat mengenai anda daripada mesej yang anda hantar ke laman web, beserta emel atau surat yang anda hantar kepada kami.

Tujuan pemprosesan data peribadi

Maklumat anda akan membolehkan kami untuk memberikan anda akses kepada bahagian tertentu di laman kami, dan mengendalikan perkhidmatan myunidays.com untuk anda. Kami juga akan menggunakan dan menganalisa maklumat terkumpul supaya kami dapat mentadbir, menyokong, memperbaiki dan memajukan perniagaan kami.

Khususnya, kami mungkin akan menggunakan maklumat anda untuk menghubungi anda demi mendapatkan pandangan berkenaan perkhidmatan kami, dan untuk memaklumkan anda sesekali mengenai perubahan atau perkembangan penting laman atau perkhidmatan kami.

Selanjutnya, kami juga mungkin menggunakan maklumat anda untuk memaklumkan anda mengenai tawaran produk dan perkhidmatan lain yang mungkin menarik minat. Jika anda mengubah fikiran untuk tidak dihubungi pada masa hadapan, anda boleh menghentikan langganan dengan menghubungi kami secara terus, atau menukar keutamaan melalui tetapan akaun anda.

Sekiranya anda menghubungi kami, kami mungkin akan menyimpan rekod perhubungan tersebut.

Kami juga akan mengekalkan maklumat tertentu bertujuan untuk mengelakkan penipuan.

Pihak ketiga yang mana data peribadi didedahkan

Data peribadi tidak didedahkan kepada mana-mana rakan kongsi kami dan hanya dikongsi dalam format yang tidak dikenali dan agregat. Kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami dengan tujuan menyediakan perkhidmatan kami kepada anda, khususnya, menghubungi anda mengenai perkhidmatan dan produk kami. Akhirnya, kami mungkin memberikan maklumat anda kepada mana-mana perniagaan yang ingin memperoleh, bergabung atau terlibat dalam usaha sama dengan kami. Pengesahan sama ada anda mempunyai akaun dengan kami melalui alamat emel yang anda daftarkan atau sahkan, boleh didapati secara umum.

Bagaimana untuk mengakses, membetulkan dan memadamkan data peribadi

Untuk meminta akses atau pembetulan atau, di mana data tersebut boleh dipadamkan undang-undang, untuk memadam data, sila hubungi kami dengan menggunakan maklumat hubungan yang dinyatakan di atas. Sila ambil perhatian bahawa bila mana maklumat dikekalkan menurut matlamat yang sah, sebagai contoh pencegahan penipuan, kami tidak bertanggungjawab untuk memadamkan data ini.

Anda mempunyai hak untuk meminta kami tidak memproses data peribadi anda untuk tujuan pemasaran. Anda boleh menggunakan hak anda untuk menghalang pemprosesan tersebut dengan mengubah tetapan akaun anda.

Pengekalan data

Kami mengamalkan langkah-langkah keselamatan untuk melindungi maklumat anda daripada diakses oleh orang yang tidak dibenarkan dan terhadap pemprosesan yang menyalahi undang-undang, kehilangan secara tidak sengaja, kemusnahan dan kerosakan. Data anda akan dikekalkan selama mana akaun anda aktif. Apabila anda berhenti melanggan, semua data yang kami tidak perlukan untuk tujuan pencegahan penipuan akan dipadamkan.

Tatakelakuan Perlindungan Data

Data anda akan dilindungi mengikut Akta Perlindungan Data 1998 dan, selepas dilaksanakan, Peraturan Perlindungan Data Am.

Data peribadi anda akan dilindungi mengikut Tatakelakuan untuk Pembekal Perkhidmatan , satu piawai sepunya bagi sektor penyelidikan dan pendidikan tinggi untuk melindungi privasi anda.

Kenyataan privasi bertarikh 14 Jun 2017.

Close